Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat bagi umat Islam di seluruh dunia. Di sini, kami menyediakan resipi yang ringkas yang sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka puasa. Resipi ini dapat membantu anda menyediakan hidangan yang sedap tanpa perlu menghabiskan banyak masa di dapur. Ini adalah contoh resipi simple yang boleh dimasak di rumah anda.
Ayam Masak Lada Hitam
Ayam Lada Hitam merupakan hidangan yang popular dan lazat dalam masakan Melayu. Menu simple ini juga boleh dihidangkan pada waktu berbuka puasa. Hidangan ini terkenal dengan rasa pedas dan rempah yang kaya, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng. Jom kita jelajahi bagaimana cara menyediakan hidangan yang lezat ini!
Bahan- bahan:
600gm ayam segar 50gm daun bawang Rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga) 3 biji cili merah (potong memanjang) 1 biji bawang besar (potong dadu kecil) 5ulas bawang putih (potong cincang) 1inci halia (hiris halus) 1 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar) 1 sudu makan tomato sos 1 sudu makan sos lada hitam 1 sudu sos tiram 1 sudu makan kicap pekat manis Minyak untuk menumis Garam dan gula secukupnya Daun Sup (hiasan)
Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Dapatkan kuali dari LA VINNCE 36cm Honeycomb Wok di WOWSHOP. Sesuai untuk semua jenis masakan dan dapatkan sekarang.
Masukkan ayam, sos tomato, sos lada hitam, kicap sos tiram, kicap pekat manis. kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
Sebelum angkat, masukkan daun sup, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam sebagai hiasan.
Tutup api, hidangkan panas-panas. Selamat mencuba!
Kurma Ayam
Resepi ayam masak kurma merupakan satu hidangan yang popular dalam masakan Melayu. Hanya 30 minit sahaja lepastu dah siap untuk dihidangkan. Hidangan ini sangat sesuai untuk berbuka puasa. Selain ayam, masakan kurma ni biasa juga dibuat dengan daging atau telur. Hidangkan kurma ayam ini dengan menggunakan set pinggan mangkuk Lenona yang elegan dan mewah. Setiap hidangan terasa lebih istimewa dengan sentuhan kemewahan yang ditampilkan melalui keanggunan set pinggan mangkuk ini. Beli set Pinggan Mangkuk Le Nona Sekarang!
Bahan-bahan: Ayam 1/2 Kentang (potong empat) Lobak merah (potong dadu) Tomato 3 biji (dibelah empat) 1 Bawang merah besar (dipotong enam) 3 Bawang merah kecik (tumbuk hancur) 4 Bawang putih (ditumbuk hancur) Halia 1/2 inci (ditumbuk hancur) Rempah 4 sekawan (buah pelaga , kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) Halba 1 sudu besar Rempah ayam@daging kurma Santan Garam
Cara-cara memasak:
Tumbuk hancur bawang merah, bawang putih dan juga halia.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan juga 4 sekawan beserta halba, tumis sampai naik wangi.
Kemudian, masukkan rempah kurma yang sudah dibancuh air. Jadikan pes dan tuangkan dalam kuali. Masak sampai pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang telah dibasuh. Kecutkan ayam seketika dengan masukkan sedikit air.
Selepas itu, masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk.
Masukkan santan dan biarkan masak sepenuhnya.
Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Siap!
Sup Tulang Pressure Cooker
Sup Tulang Pressure Cooker merupakan hidangan yang popular dan mudah disediakan semasa berbuka puasa pada bulan Ramadan. Hidangan ini terkenal dengan rasa rempah yang kaya dan daging tulang yang lembut. Bagi yang ingin menikmati Sup Tulang dengan cepat dan mudah, alat dapur yang wajib ada adalah MIDEA Rapid Pressure Cooker 5Ltr. Dengan MIDEA Rapid Pressure Cooker, anda tidak perlu lagi menunggu berjam-jam untuk menikmati hidangan Sup Tulang yang lazat. Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan MIDEA Rapid Pressure Cooker 5Ltr sekarang dan nikmati Sup Tulang yang lazat setiap hari berbuka puasa!
Bahan-bahan:
1 Kilo Tulang Lembu Perencah tulang dan daging Adabi Kayu manis, bunga lawang, cengkih 2 Bawang besar (hiris) 2 Kentang (potong 2) 1 Carrot - potong dadu 1 Celery (hiris) 2 Tomato (belah 4) Daun sup Bawang goreng Garam
Cara Memasak
Dalam pressure cooker, tumis bawang bersama sedikit kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
Masukkan tulang dan gaul sekejap dalam 2,3 minit kemudian masukkan air sehingga paras yg menutupi tulang-tulang.
Masukkan pes sup tulang Adabi, kentang, carrot, celery dan juga tomato.
Selepas itu, tukar kepada mode "meat/bone" dan tutup pressure cooker dan biarkan seketika.
Bila dah masak taburkan sedikit garam dan daun sup serta bawang goreng sebelum hidang.
Log In