Local Storage seems to be disabled in your browser.
For the best experience on our site, be sure to turn on Local Storage in your browser.

3 Menu Sahur Mudah Untuk Bulan Ramadan

Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat dimana umat Islam di seluruh dunia berpuasa dari terbit fajar hingga matahari terbenam. Sahur menjadi waktu penting untuk menyediakan makanan yang menyegarkan dan memberi tenaga untuk menjalani ibadah dan aktiviti sepanjang hari. Mari kita lihat resipi-resipi sahur yang cepat dan mudah.

Spicy Tuna Melt

Untuk membuat menu simple sahur ini, anda perlukan 3 bahan penting iaitu:

Roti Sandwich
Spicy Tuna
Cheese Mozzarella

Cara Memasak

  1. Tuangkan 1 tin spicy tuna ke dalam mangkuk.
  2. Campurkan ½ bawang merah dan ½ biji limau nipis dan gaulkan dengan sebati.
  3. Letakkan campuran spicy tuna tadi ke atas roti sandwiches.
  4. Taburkan mozzarella cheese di atas.
  5. Bakar dalam air fryer dengan suhu 200 selama 5 minit. Jika anda mencari air fryer, kami menjualnya di WOWSHOP. Klik disini untuk melihat produk terkenal kami, NAKADA 5L Flip-Free Air Fryer. Air Fryer ini dilengkapi dengan kawalan suhu yang mudah. Dengan kapasiti 5 liter, Air Fryer ini sesuai untuk memasak hidangan besar.

Telur Masak Sambal Kicap

Telur masak sambal kicap adalah hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya semasa bulan puasa. Kebanyakkan orang menikmati hidangan ini pada waktu sahur kerana simple dihidang. Hidangan ini terdiri daripada telur goreng mata yang disajikan dengan sambal kicap yang pedas dan lazat. Sambal kicap ini biasanya mengandungi bawang, cili, bawang putih, dan kicap manis.

Bahan-Bahan:

5 biji telur
3 cili api
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan kicap lemak manis


Cara Memasak:

  1. Goreng telur mata angkat dan ketepikan.
  2. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi. Guna blender dari EUROPLUS Dynamic Power Blender. Dengan EUROPLUS Dynamic Power Blender, anda dapat membuat berbagai hidangan dan minuman segar dengan cepat. Dengan motor kuat, blender ini mampu menghancurkan segala jenis bahan dengan mudah, termasuk buah-buahan, sayuran, dan biji-bijian.
  3. Kemudian, menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan cili padi, kemudian letakkan cili sos tomato sebanyak dua sudu makan.
  4. Tumis sehingga naik minyak, kemudian masukkan air asam jawa, sos tiram dan kicap mengikut selera anda.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan tuangkan kuah kicap ini ke atas telur.
  6. Selamat mencuba!

Nasi Goreng

Di bulan Ramadan, salah satu hidangan yang sering disediakan untuk sahur adalah nasi goreng. Nasi goreng merupakan hidangan yang fleksibel dan mudah disediakan. Anda boleh cuba letak bahan-bahan seperti ayam, sayur dan sebagainya. Kebanyakkan orang menghidangkan nasi goreng apabila ada nasi putih yang berlebihan selepas berbuka hari sebelumnya. Anda boleh menyediakan hidangan ini semasa sahur nanti. Untuk memasak Nasi Goreng, anda perlukan kuali wok yang berkualiti tinggi seperti jenama iGOZO. Dapatkan produk iGOZO Signotec Granite 32cm Stir Fry Wok. Kuali non-stick ini membolehkan anda memasak dengan lebih selesa dan mudah dibersihkan selepas digunakan. Wok ini juga sesuai untuk menggoreng, merebus, dan menghidang pelbagai jenis hidangan, memberikan kepelbagaian dalam persediaan hidangan harian anda.


Bahan-bahan:

Nasi putih
Ikan bilis
Tiga biji telur
Sayur
Garam
Satu hingga dua sudu kecil udang kering
Lima ulas bawang merah
Empat ulas bawang putih
Cili padi


Cara Memasak:

  1. Pertama, goreng telur terlebih dan kacau sehingga hancur dan menjadi sedikit kasar. Ketepikan dahulu telur yang telah digoreng tadi.
  2. Kemudian, goreng ikan bilis pula dengan menggunakan minyak yang sama dan ketepikan selepas ikan bilis sudah digoreng.
  3. Selepas itu, masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk ke dalam kuali dengan menggunakan minyak yang sama selama 2 minit.
  4. Masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa, kemudian masukkan sayur dan kacau sehingga sebati.
  5. Selepas itu, anda boleh mula goreng nasi putih dan kacau sehingga sebati
  6. Masukkan telur dan ikan bilis yang anda sudah goreng dan kacau dengan nasi yang anda sedang goreng.
Related posts: