Local Storage seems to be disabled in your browser.
For the best experience on our site, be sure to turn on Local Storage in your browser.

Apa Itu Kaca Opal ?

Dalam dunia rekaan modern minimalis, pelbagai jenis kaca digunakan untuk menciptakan tampilan yang elegan dan eksklusif. Salah satu jenis kaca yang banyak diminati adalah kaca opal. Apa itu kaca opal? Jom kita bahaskan secara lengkap mengenai kaca opal dari pengertian kaca opal, karakteristik & kelebihannya. 

Pengertian Kaca Opal 

Kaca opal adalah sejenis kaca buram yang memiliki tampilan warna putih susu (milk glass). Kaca ini tidak sepenuhnya lut sinar seperti kaca bening, ianya memiliki kesan lut sinar yang membuat cahaya tetap boleh menembus namun dengan tampilan yang lembut dan menyebar.

Kaca opal diproses dengan penambahan material khusus dalam campuran kaca, sehingga menghasilkan kesan opaque atau buram berwarna putih. Inilah yang membuat kaca opal sering disebut juga kaca putih susu.

Le Nona

Ciri utama kaca opal yang membezakan dari jenis kaca lainnya


Warna Putih Susu yang Khas

Tampak elegan, eksklusif dan mewah.

Permukaan Mudah Dibersihkan
Sesuai digunakan untuk harian kerana permukaan kacanya yang licin dan tidak melekat.  

Tahan Lama & Tidak Mudah Pudar
Tahan terhadap sinar matahari dan suhu panas sederhana. 

Tidak Mudah Bertindak Balas dengan Bahan Kimia Ringan

Tidak mudah terhakis apabila terkena bahan pencuci pinggan. 

Mesra Alam (Recyclable)

Kaca opal boleh dikitar semula.
Alternatif estetik yang lebih lestari untuk penggunaan jangka panjang.


Koleksi Pinggan Mangkuk Kaca Opal oleh Le Nona

Koleksi Le Nona menampilkan pinggan mangkuk yang diperbuat dari kaca opal. Mengapa Le Nona menggunakan kaca opal? Hal ini kerana kaca opal bukan sahaja menyerlah dari segi estetik dengan kilauan mewah dan kemasan licin, tetapi juga terkenal dengan ketahanannya.

Kaca opal juga sangat praktikal digunakan untuk harian kerana ianya tidak mudah calar, tahan hentakan, dan jauh lebih kukuh berbanding kaca biasa. Boleh juga digunakan di dalam mesin basuh pinggan automatik. Selain itu, kaca opal juga lebih higienik dan mudah dibersihkan.

Le Nona memilih kaca opal kerana mahu gabungkan keanggunan, ketahanan, dan fungsi dalam setiap hidangan anda.

 



Le Nona Tropical Orchid
(klik untuk maklumat lanjut)

Le Nona Persian Garden
(klik untuk maklumat lanjut)

Kesimpulan

Kaca opal merupakan pilihan material yang ideal untuk menciptakan ruangan yang elegan, modern, sekaligus menjaga privasi. Dengan berbagai kelebihan kaca opal, anda boleh memanfaatkannya untuk meningkatkan nilai estetika rumah, pejabat, maupun bangunan komersial lain.

Dengan ciri tahan lasak, tidak mudah calar, selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan, serta mudah dibersihkan, kaca opal memastikan setiap pinggan mangkuk bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian.
Related posts: