Local Storage seems to be disabled in your browser.
For the best experience on our site, be sure to turn on Local Storage in your browser.

Le Nona Berjaya Raih RM10 Juta Jualan

Tahniah ! Le Nona telah berjaya meraih jualan mencecah RM10 juta ! Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi satu simbol keyakinan pengguna terhadap jenama tempatan yang menawarkan kualiti, gaya, dan sentuhan eksklusif dalam setiap koleksinya. Dengan fokus kepada keperluan wanita yang suka akan keindahan dan kekemasan dalam ruang kediaman mereka, Le Nona telah mencipta satu identiti yang elegan dan eksklusif. 
. 
Lebih membanggakan, pencapaian ini turut mencerminkan potensi besar yang dimiliki oleh produk buatan Malaysia, apabila diberi platform yang tepat dan strategi yang tersusun. Kejayaan mencapai jualan RM10 juta ini menjadi satu titik penting yang membuktikan bahawa jenama tempatan juga mampu bersaing secara profesional dan memberikan pengalaman gaya hidup yang mewah, tetapi masih dalam jangkauan ramai.


Kolaborasi Inspirasi Le Nona

Hasil kolaborasi istimewa WOWSHOP bersama program TV terkenal, Nona, yang sinonim dengan wanita moden dan gaya hidup sofistikated. Kolaborasi ini menggabungkan elemen inspirasi, kecantikan dan keanggunan dalam satu jenama yang unik. Le Nona  mengetengahkan koleksi eksklusif gaya hidup dan rumah. 

Setiap sentuhan Le Nona memperkayakan pengalaman harian menjadi lebih mewah dan berkelas. Dengan sokongan penuh daripada platform WOWSHOP yang berperanan sebagai saluran utama penjualan dan promosi, ditambah pula dengan kerjasama strategik bersama personaliti media dan selebriti tempatan yang mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan pengguna, Le Nona berjaya melaksanakan pelbagai kempen pemasaran yang menyeluruh, kreatif dan berimpak tinggi.
.
Gabungan elemen-elemen ini bukan sahaja membantu memperkenalkan jenama kepada khalayak yang lebih luas, malah turut mengukuhkan kedudukan Le Nona sebagai pilhan pelanggan yang mementingkan kualiti dan nilai eksklusif sesuatu barangan pilihan. 
.



Kepelbagaian Koleksi Le Nona yang Eksklusif dan Premium

Le Nona menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan dan citarasa wanita moden. Antara koleksi yang paling mendapat sambutan termasuk :

1. Koleksi Pinggan Mangkuk Elegan
Corak eksklusif, material tahan lasak, sesuai untuk jamuan atau harian.
.
2. Koleksi Periuk 
Reka bentuk moden & berteknologi anti-lekat. 
.
3. Koleksi Bantal & Cadar Premium
Fabrik berkualiti tinggi, warna elegan, memberikan suasana mewah dalam bilik tidur.
.
4. Koleksi Tuala Premium
Kualiti yang tebal dan cepat serap. 

.

Jenama Tempatan, Citarasa Global

Le Nona membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing secara global jika diberi kepercayaan. Kejayaan RM10 juta ini menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia menghargai produk berkualiti tinggi dengan rekaan yang indah.

Jika anda sedang mencari koleksi pinggan mangkuk, periuk atau cadar yang bukan sahaja cantik, tetapi juga praktikal dan tahan lama, Le Nona adalah pilihan yang paling tepat. 

Dapatkan koleksi eksklusif Le Nona sekarang di WOWSHOP dan rasai sendiri “Sentuhan Elegan Citarasa Anda”. 
www.lenona.com.my 

Related posts: