Local Storage seems to be disabled in your browser.
For the best experience on our site, be sure to turn on Local Storage in your browser.

Le Nona Ramadan, Resepi Ramadan bersama Chef Fikree

Bulan Ramadan kembali lagi! Selain mengejar pahala ibadah, antara perkara yang paling mencabar buat mak-mak dan bapa-bapa di luar sana sudah tentulah memikirkan menu berbuka puasa. Bosan dengan lauk yang sama di bazar? Apa kata kita cuba Resepi Ramadan bersama Chef Fikree. Chef Fikree Aznan cukup dikenali dengan cara masakan yang straightforward, tidak renyah, tetapi hasilnya setaraf hotel lima bintang. Jom kita lihat beberapa idea hidangan yang boleh anda cuba di rumah!



1. Resepi Nasi Daging menggunakan smart cooker


Cara Masak Guna Le Nona Smart Cooker

Langkah 1 - Perap Daging (10 minit).

  • Dalam mangkuk:
  • Masukkan daging hiris nipis
  • Campur sos tiram * Kicap manis
  • Minyak
  • Halia cincang
  • Gaul rata & perap 10 minit.

 

Langkah 2 - Tumis Dalam Cooker (5 minit)

  • Tekan Function → Tumis
  • Masukkan sedikit minyak (kalau perlu)
  • Tumis bawang putih + bawang besar sampai naik bau
  • Masukkan rempah sup, kacau 30 saat
  • Masukkan daging perap
  • Kacau sampai daging separuh masak sahaja
  • Lebih kurang 3-5 minit sahaja.

 

Langkah 3 - Masak Nasi (20 minit)

  • Masukkan beras yang sudah ditos.
  • Tuang 2 ½ cawan air.
  • Masukkan lada hitam + sedikit garam.
  • Letak daun pandan.
  • Gaul rata sikit.
  • Tutup penutup 
  • Tekan Nasi Daging → Start.
  • Biasanya siap dalam 18-25 minit (bergantung model).

 

Langkah 4 - Rehat 5 minit

  • Siap.
  • Biarkan dalam mode Reheat selama 5 minit.
  • Kacau & gemburkan nasi.

 

Bahan Nasi : 

  • 2 cawan beras (basuh & toskan)
  • 250-300g daging lembu hiris nipis
  • 2 ½ cawan air (boleh campur sedikit air rebusan kalau ada)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 inci halia (cincang halus) 
  • ½ biji bawang besar (hiris)
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil rempah sup / rempah nasi daging
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan (optional)

 




Le Nona Rose Luxe Smar Cooker Le Nona Rose Luxe Smar Cooker
Related posts:

Login to Continue

Please log in or register to proceed to checkout.

Login / Register